Friday 23 April 2010

Ibu, Aku Tersyukur!

Ibu,
Ibu hanya secebis ayat ringkas
Hanya didirikan tiga huruf biasa
Ada haruf I, ada huruf B dan hanya ada haruf U
Untuk mendirikan makna seorang Ibu..
Tapi bagiku,
Ibu punya makna sedalam lautan hati
Kasih Ibu menunjuk jalanku
Menunjuk jalan yang dulunya kosong
Menghala arah yang dulunya berliku
Mana mungkin untuk aku tidak sayang ibu?
Mana mungkin!

Ibu!
Cintamu seindah pulau
Kasihmu sesejuk salju
Rangkulmu sekukuh gunung lebar menjulang
Renungmu seredup kepul-kepul awan
Masih aku ingat lagi
Akan masa aku tersungkur di gigi air
Tanpa ada siapa insan lain yg menyedari
Kau datang menghulur titian kasih
Membuat aku tercampak bangun kembali
Walau dengan kudratmu keIbuan mu yang sedikit itu

Ibu
Aku lihat kamu
Aku nampak kamu
Aku sedar kamu
Dan terhambur sebuah perjalanan ajaib
Yang mendefinasikan seorang Ibu
Ibu memenuhkan cinta tanpa had
Ibu melengkapkan hari tanpa pernah gagal
Lantas aku tersedar
Betapa Ibu tidak pernah culas dari tugasmu kepadaku
Tidak pernah walau sesaat Ibu menghamburkan keluhan
Tidak pernah walau sedetik Ibu mengabaikan aku dari tanganan
Tidak pernah walau sekali, wahai Ibu…

Ibu
Makin detik bertambah
Makin minit berlalu
Makin hari berganti
Makin itu aku tergumam mengenangmu
Makin itu juga aku tersentak dari lamunan
Betapa selama ini aku terlena, dalam menghargai nilai seorang Ibu

Ibu
Dengan tangan terdepang, daalam hati penuh terbuka luas
Aku akukan nilaimu
Nilai besar seorang ibu
Kepada Anakmu ini yang tidak pernah langsung mensyukurimu!

5 comments:

  1. waaaa sungguh menyentuh kalbu.selagi ada ibu,berbaktilah,nanti kalo dah takde,tak de peluang dah :)

    ReplyDelete
  2. bahasa sajak la, hanya orang sastera ja yang tauuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  3. syuakur sangat hari ni sajak ni menang dapat tempat pertama pertandingan deklamasikan sajak peringkat sekolah.sajak ni dideklamasikan oleh pelajar yang memang berbakat. terima kasih kerana menyampaikan sajak yang penuh dengan penghayatan.

    ReplyDelete
  4. halu halu halu.i pon orang sastera tau..waaa tahniah! berjaya mendidik pelajar hingga berjaya.teringat kenangan di stb dulu..")

    ReplyDelete